icon-search
icon-search
  • my-11134207-23010-347utdu745lv73

PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG

RM 38.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

PERTEMPURAN-PERTEMPURAN AGUNG
Seni Pertempuran Terulung Dunia

Perang itu sebuah seni. Ia memerlukan kelicikan,strategi dan taktikal yang jitu pada tempat dan waktunya. Jika kita membuka helaian sejarah, kita akan dapati terlalu banyak himpunan kisah seni pertempuran yang memukau manusia.
Kita akan kagum dengan jeneral-jeneral perang yang pernah wujud dalam sejarah. Kepintaran mereka merangka seni peperangan tetap kekal menjadi kisah-kisah yang dikagumi manusia hari ini.

Buku ini menyenarai seni-seni peperangan yang berlaku dalam sejarah. Bermula dengan kisah keperwiraan Khalid al-Walid menempa nama sebagai ‘Jeneral Islam Tak Terkalahkan’ kepada Alexander The Great membuka jalannya sendiri menuju kemasyhuran teragung kepada kepintaran Tun Perak dalam siri peperangan yang menyelamatkan Kesultanan Melayu Melaka.

Melalui buku ini, sesungguhnya anda semua akan dipersembahkan dengan sebuah seni terindah yang pernah manusia hasilkan iaitu seni pertempuran dan peperangan.

Di antara peperangan yang dibentangkan di dalam buku ini ialah:
Perang Uhud, Perang Badar, Perang Khandaq, Perang Yarmuk, Perang Hasting, Perang Konstatinopel, Perang Singapura, Perang Pahang, Perang Batu Pahat, Perang Vienna, Perang Trafalgar, Perang Austerlitz dan Perang Waterloo.

Penulis: Helmi Effendi, Moustapha Abbas & Amir Zayannid
Penerbit: Patriot Publications
Halaman: 410
Harga senaskhah: RM38.00


*Untuk pesanan online, sila whatsapp IqraRead:
https://wa.me/60162214396
Your cart is currently empty.
Continue shopping