Buku Insan-insan Berjiwa Besar
IBRAH 45 TOKOH ISLAM
Tokoh-tokoh dalam buku ini adalah mereka yang terkenal serta dikagumi tamadun manusia. Mereka terdiri daripada insan paling mulia iaitu Nabi Muhammad SAW serta sepuluh sahabatnya yang utama yang tentunya termasuk empat sahabat Baginda.
Tidak ketinggalan juga, kisah hidup para isteri nabi iaitu ummahatul mukminin serta beberapa tokoh sahabiyah utama turut dipaparkan seperti Sayyidina Khadijah, Sayyidina Aisyah dan Hafsah Umar Al-Khattab..
Buku ini turut memuatkan para panglima syuhada serta pahlawan Islam yang berkorban nyawa demi menyebarkan dakwah Islam termasuk Khalid Al-Walid, Tariq Ibn Ziyad dan Sultan Muhammad al-Fatih. Dapatkan buku ini sebagai koleksi keluarga.
Penulis:Shafie Abdul Rahman
Penerbit: Hijjaz Publishing
Halaman: 392
×