icon-search
icon-search
  • my-11134207-23020-6ccaengto5mv03

MEMBONGKAR RAHSIA LAGENDA WALI SOGO 9

RM 35.90
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Penyebaran Islam di Jawa
LAGENDA WALI SONGO
Buku ini menjawab tohmahan dan pemalsuan sejarah oleh para orientalis Barat bahawa penyebaran Islam di seluruh dunia adalah melalui kekuasaan atau kekerasan. Hujah mereka ialah pada peperangan atau ekspedisi tentera pada zaman Rasulullah s.a.w dan selepasnya, di mana berlaku penyebaran Islam melalui mata pedang dan kekuatan senjata.

Tuduhan palsu itu jauh bercanggah dengan fakta dan realiti. Sebenarnya, penyebaran Islam lebih banyak disebar melalui usaha dakwah dan tarbiyah. Dalam kes-kes terpencil seperti itu, biasanya peperangan hanya terjadi selepas pihak musuh menolak seruan Islam ataupun enggan membayar jizyah jika ingin terus kekal dengan agama sendiri.

Bagaimanapun di kalangan orientalis itu masih ada yang jujur dalam kajian mereka. Salah seorang di antaar mereka yang paling terkenal yang menolak pandangan serong tersebut ialah Prof. Thomas W. Arnold. Melalui bukunya The Preaching of Islam, yang terbit pada tahun 1896, beliau membuktikan bahawa agama Islam tersebar ke seluruh dunia secara damai, bukan melalui kekerasan atau paksaan dan mata pedang.

Pada masa kini, antara sarjana Barat yang terkenal dengan kajian mereka yang objektif dan jujur tentang sejarah dan agama Islam ialah Prof. Annemarie Schimmel dan Karen Armstrong.

Khusus di Jawa, rahsia penyebaran Islam secara meluas melalui gerakan dakwah terbukti jelas pada tokoh-tokoh yang terkenal dengan gelaran Wali Songo. Walaupun terdapat beberapa kritikan terhadap metode dakwah toleransi dan kompromi sebahagian tokoh-tokoh ini dengan budaya tempatan, namun kejayaan besar mereka mengislamkan seluruh pulau Jawa dan pulau-pulau sekitarnya tidak dapat dinafikan sama sekali.
Your cart is currently empty.
Continue shopping