icon-search
icon-search
  • my-11134207-23030-gh392zqjboov59

TRAGEDI PEBUNUHAN SULTAN DAN RAJA-RAJA MELAYU

RM 38.90
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sejarah Yang Ramai Tak Tahu
TRAGEDI SULTAN-SULTAN MELAYU DIBUNUH

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa buah negeri telah dibunuh secara kejam oleh askar berseniata Parti Komunis Indonesia. Pembunuhan terhadap sultan dan raja-raja Melayu dilakukan secara besar-besaran pada suatu malam.

Ada yang ditenggelamkan di laut, dipotong leher dan ditanam hidup-hidup. Di antara yang mangkat ialah Sultan Bidar Alam Syah IV di neger Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa yang bergelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang.

Turut menerima malang ialah kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan dan Kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan in mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang milk Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.

Selepas 19 tahun tragedi ini berlaku, iaitu pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia.

Namun, kita hilang perasaan perhubungan bersemangatkan kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia buat selama-lamanya. Perhubungan rakyat Malaysia - Indonesia pada hari ini hanya mengikut jalur politik dan ekonomi sedangkan perhubungan darah di antara keduanya tidak pernah putus hingga akhir zaman.
Your cart is currently empty.
Continue shopping